Latest Posts

21 December 2009

Khutbatul Wada’, sekadar renungan memasuki tahun hijrah 1431 H

Setelah matahari tergelincir, Rasulullah s.a.w. meminta agar Al-Qashwa', unta beliau, didatangkan. Baginda kemudian menungganginya hingga tiba di tengah Padang Arafah. Di sana telah berkumpul sekitar 124 000 atau 144 000 kaum Muslim. Kemudian baginda berdiri di hadapan mereka me­nyampaikan khutbah haji terakhir beliau yang lebih dikenal dengan haji Wada':

Wahai manusia! Dengarkanlah nasihatku baik-baik, kerana barangkali aku tidak dapat lagi bertemu dengan kamu semua di tempat ini. Tahukah kamu semua, hari apakah ini? (Beliau menjawab sendiri) Inilah Hari Nahr, hari kurban yang suci.

Tahukah kamu bulan apakah ini? Inilah bulan suci. Tahukah kalian tempat apakah ini? Inilah kota yang suci. Kerana itu, aku mermaklumkan kepada kalian semua bahawa darah dan nyawa kalian, harta benda kalian dan kehormatan yang satu terhadap yang lainnya haram atas kalian sampai kalian bertemu dengan Tuhanmu kelak.

Semua harus kalian sucikan sebagaimana sucinya hari ini, sebagaimana sucinya bulan ini, dan sebagaimana sucinya kota ini. Hendaklah ucapan ini disampaikan kepada orang-orang yang tidak hadir di tempat ini oleh kamu sekalian!

Bukankah aku telah menyampaikan? Ya Allah, saksikanlah!

Hari ini hendaklah dihapuskan segala macam bentuk riba. Barang siapa yang memegang amanah di tangannya, maka hendaklah dia tunaikan kepada yang empunya. Dan, sesungguhnya riba jahiliah adalah batil. Dan awal riba yang pertama sekali ku benteraras adalah riba yang dilakukan pamanku sendiri, Al-'Abbas bin'Abdul-Muththalib.

Hari ini haruslah dihapuskan semua bentuk pembalasan dendam pembunuhan jahiliah, dan penuntutan darah cara jahiliah. Yang pertama kali kuhapuskan adalah tuntutan darah 'Amir bin Al-Harits.

Wahai manusia! Hari ini syaitan telah putus asa untuk dapat disembah pada bumi yang suci ini. Tetapi, ia bangga jika kamu dapat mentaatinya walau dalam perkara yang kelihatannya kecil sekalipun. Kerana itu, waspadalah kalian terhadapnya! Wahai manusia! Sesungguhnya zaman itu beredar sejak Allah menjadikan langit dan bumi.

Wahai manusia! Sesungguhnya bagi kaum wanita (isteri kalian) itu ada hak-hakyang harus kalian penuhi, dan bagi kalian juga ada hak-hak yang harus dipenuhi isteri itu. Yaitu, mereka tidak boleh sekali-kali membawa orang lain ke tempat tidur selain kalian sendiri, dan mereka tak boleh membawa orang lain yang tidak kalian sukai ke rumah kalian, kecuali setelah mendapat izin dari kalian terlebih dahulu. Karena itu, sekiranya kaum wanita itu melanggar ketentuan-ketentuan demikian, sesungguhnya Allah telah mengizinkan kalian untuk meninggalkan mereka, dan kalian boleh menghukum dengan pukulan ringan terhadap diri mereka yang berdosa itu.Tetapi,jika mereka berhenti dan tunduk kepada kalian, menjadi kewajiban kalianlah untuk memberi nafkah dan pakaian mereka dengan sebaik-baiknya. Ingatlah, kaum wanita adalah makhluk yang lemah di samping kalian. Mereka tidak berkuasa. Kalian telah membawa mereka dengan suatu amanah dari Tuhan dan kalian telah halalkan kehormatan mereka dengan kalimat Allah. Karena itu, bertakwalah kepada Allah tentang urusan wanita dan terimalah wasiat ini untuk bergaul baik dengan mereka.

Wahai umatku! Bukankah aku telah menyampaikan? Ya Allah, saksikanlah!

Wahai manusia! Sesungguhnya aku meninggalkan kepada kalian sesuatu, yang jika kalian memegangnya dengan erat, nescaya kalian tidak akan sesat selamanya. Yaitu: Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Wahai manusia! Dengarkanlah baik-baik apa yang kuucapkan kepada kalian, pasti kalian bahagia untuk selamanya dalam hidup kalian !

Wahai manusia! Kalian hendaklah mengerti bahwa orang-orang beriman itu bersaudara. Kerana itu, bagi tiap­-tiap peribadi di antara kalian dilarang keras mengambil harta saudaranya, kecuali dengan izin hati yang ikhlas.

Bukankah aku telah menyampaikan? Ya Allah saksikanlah!

Janganlah kalian, setelah aku meninggal nanti, kembali kepada kekafiran, yang sebagian kalian mempermainkan senjata untuk memancung leher kawannya yang lain. Sebab, bukankah telah kutinggalkan untuk kalian pedoman yang benar, yang jika kalian mengambilnya sebagai pegangan maka aman kehidupan kalian, tentu kalian tidak akan sesat, yakni Kitab Allah (AI­-Quran).

Wahai umatku! Bukankah aku telah menyampaikan? Ya Allah, saksikanlah!

Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kalian itu satu, dan sesungguhnya kalian berasal dari satu bapa. Kalian semua dari Adam dan Adam terjadi dari tanah. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian semua di sisi Tuhan adalah orang yang paling bertakwa. Tidak sedikit pun ada kelebihan bangsa Arab dari yang bukan Arab, kecuali dengan takwa.

Wahai umatku! Bukankah aku telah menyampaikan? Ya Allah, saksikanlah!

Karena itu, siapa saja yang hadir di antara kalian di tempat ini berkewajiban untuk menyampaikan wasiat ini kepada mereka yang tidak hadir!

Tak lama setelah Rasulullah Saw. menyampaikan khutbah tersebut, turunlah firman Allah, Pada hari ini telah Kusem­purnakan bagi kalian agama kalian dan telah Aku cukupkan kepada kalian nikmat-Ku dan Islam telah Aku ridhai menjadi agama bagi kalian (QS AI-Ma'idah [5]: 3).

Mendengar firman Allah tersebut, 'Umar bin Al-Khath­thab pun menitiskan air mata. Melihat hal itu, dia pun dita­nya, "'Umar! Mengapa engkau menangis? Bukankah engkau ini jarang sekali menangis?"

"Kerana aku tahu, selepas kesempurnaan hanya ada ke­kurangan," jawab Umar. Dia telah merasakan suasana perpisahan (wada') bahawa Rasulullah SAW yang sangat dicintainya akan wafat .

(Diceritakan kembali dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari 'Abdullah bin 'Umar dan sebuah kisah yang dituturkan oleh Ibnu Hisyam dalam Al-Sirah Al-Nabawiyyah dalam Teladan indah Rasullulah dalam ibadah, Ahmad Rofi 'Usmani).

Dipetik daripada http://www.zahazan.net/

read more...

05 September 2009

Kunjungan Ramadhan

Ramadhan berkunjung lagi kali ini sekitar umurku kian mencecah 24 tahun sejak dilahirkan. Adakah Ramadhan kali ini menyebabkan aku lebih expert dalam menjalani ibadah...? Hakikatnya tidak, walaupun usia kita menjengah seabad sekalipun, ibadat tidak akan meningkat jikalau kita tidak berusaha untuk memantapkan diri kita dalam menimba ilmu.

Ramadhan kali ini berbeza buatku kerana kali ini aku tidak menggalas tugas sebagai imam tarawih seperti tahun-tahun sebelumnya. Terasa sedih dan rugi tidak dapat menjadi imam kerana dalam masa yang sama aku tidak dapat mengulang sepenuhnya hafalan-hafalan lalu. Walaupun aku sedar tanggungjawab menjadi imam adalah berat untuk dipersoalkan, namun tanggugjawab mengulanginya juga adalah wajib.

Teringat pertanyaan Saidina Umar bin al-Khattab yang berjaya memikul tanggungjawab sebagai khalifah yang kedua juga bertanyakan kepada sahabat-sahabatnya samada beliau telah memimpin secara adil ataupun tidak ketika mana beliau hendak menghembuskan nafas yang terakhir. Namun, persepsinya berlainan apabila setiap insan telah diberikan tanggungjawab yang mana matlamatnya adalah sama iaitu untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. Walaupun terasa jauh untuk bertanggungjawab seperti seorang khalifah, demikian berusahalah kita bersama-sama terutama di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Ramadhan telah pun masuk kepada fasa yang kedua, adakah saf-saf di masjid dan surau semakin bertambah ataupun berkurangan..? Jika fasa pertama, semuanya berduyun-duyun ke masjid tetapi sekarang sebahagian jemaahnya hilang tumpuan pada yang Esa sebaliknya beralih kepada persediaan Syawal pula iaitu di pusat membeli-belah.

Justeru aku menasihati diriku dan sahabat-sahabat sekalian, sesungguhnya bonus Ramadhan lebih hebat daripada di Pusat membeli-belah. Berusahalah mendapatkan BONUS yang amat hebat ini kerana tahun depan belum tentu kita sempat bertemu dengannya...والله أعلم

read more...

12 June 2009

Pengalaman Bersolat

Salam kepada yg sudi menziarahi blog ini. Alhamdulillah rezeki bertandang lagi apabila diberikan amanah untuk menjadi fasilitator dalam menjayakan program Smart Solat bermula 8-10 Jun 2009, bertempat di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Walaupun belum lagi sempat merehatkan diri, aku terus menerima jemputan syarikat Human Touch Consultant di bawah kendalian penceramah bebas iaitu al-Fadhil Ustaz Mohd Zawawi Yusoh.

Aku bukanlah seorang yg hebat seperti beliau dalam memberikan motivasi, namun niatku tidak lain hanyalah untuk sentiasa meningkatkan pencapaian & kecemerlangan diri Lillahi Taala. Terasa kerdil diri ini untuk menggalas amanah yg diberikan dengan sejumlah peserta seramai 40 orang dan dibantu Ustaz Yusri, seorang fasilitator muslimat serta pembantu peribadi beliau Cik Lah. Namun, Ustaz Yusri telah mengundur diri pada hari kedua untuk menghadiri program kecemerlangan bersama pelajar anak-anak miskin di Terengganu. Doaku panjatkan kepadaNya supaya segala aktiviti yang seterusnya dipermudahkan dan Alhamdulillah Allah swt telah memakbulkannya.

Justify FullUst Zawawi memberi arahan kepada sebahagian wakil kumpulan sebelum memulakan aktiviti


Ustaz Yusri dijemput khas dpd Terengganu utk memberikan motivasi kecemerlangan perlaksanaan solat (tak ingat nama consultant beliau)


Aktiviti berguru dgn alam ciptaan Allah swt


Seronok bermain air selepas tamat aktiviti berguru dgn alam


Ust Zawawi memberikan penerangan secara detail dlm slot "The Journey of Excellent"

Sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama rakan-rakan, di mana program ini telah membuka minda peserta untuk menerima kepelbagaian mazhab terutama dalam melaksanakan ibadah utama disisiNya - SOLAT. Aku betul-betul tertarik dengan Slot-slot, LDK, permainan yg beliau rancang sepanjang program. Segalanya diterjemahkan dengan huraian yg paling mudah untuk pelajar seusia 10 tahun untuk memahami dalam konteks 17 tahun. Adakah seseorang dapat melaksanakan Solat dengan sempurna walaupun telah berkali-kali melakukan semenjak mencapai usia baligh...? Bagaimana dengan pengalaman selama 5-40 tahun menunaikannya seharian menjadikan seseorang khusyuk atau sekadar penat berdiri & tunduk tanpa mendapat sebarang pahala...?

Solat adalah rukun Islam yg kedua iaitu analoginya ibarat passport untuk memasuki alam akhirat, jikalau rosak dan tidak sempurna solat seseorang maka perjalanannya amat memeritkan untuk ditempuhi di alam sana. "Sesungguhnya solat itu mencegah seseorang daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran" dan orang yg menunaikannya dgn sempurna pastinya mempunyai potensi kecemerlangan diri untuk mencapai kejayaan di akhirat seperti firmanNya dalam Surah yg lain "Telah berjaya orang beriman, iaitu mereka yg khusyu' dalam solat mereka".

Tidaklah layak dikatakan kepada mereka yg telah menunaikannya sejak bertahun-tahun bermaksud sempurna bahkan perfect jika solatnya berdasarkan ikutan semata-mata. Penekanan kepada hadith yg sahih menjadi keutamaan dalam program ini supaya peserta tidak lagi keliru apabila melihat kepelbagaian cara terutama jika menunaikannya secara berjemaah di luar kawasan atau negara lain. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha kami yg sedikit ini....ameen Ya Allah.




read more...

07 June 2009

Mini Kem Tahfiz 2009

Salam..Alhmdulillah tamat sudah sesi bersama pelajar di Masjid al-Falah USJ 9 untuk program mini kem tahfiz yang diadakan selama seminggu bermula 1-7 Jun 2009. Dah beberapa kali aku join untuk buat program yg sama, tapi kali ni objektif yang aku nak tak begitu tercapai macam sebelumnya. Biarpun mereka berpuas hati dgn prestasi masing-masing, namun aku mempunyai cita-cita yang tinggi bak kata Khalifah Umar Abd Aziz "Wahai kaum Muslimin, cita-citaku terlalu tinggi di dunia ini, selepas menjadi khalifah di bumi Allah aku ingin mencapai syurgaNya, maka bantulah aku dalam mencapainya..."

Setelah mengambilkira terhadap aspek bilangan hari iaitu seminggu berbanding 2 minggu jika dilaksanakan pada cuti sekolah di penghujung tahun, faktor ulang-alik (tidak disediakan asrama), masa yg terlalu singkat (2 jam setengah sehari & 1 jam santapan rohani), kesediaan pelajar (majoriti dipaksa..hee), maka peratusan tahap hafazan pelajar kali ini berada di tahap yang memuaskan. Sesekali terlihat air muka pelajar yg begitu terdesak untuk menghafaz mengikut muqarrar yg ditetapkan dalam keadaan tertekan dan penuh kebimbangan.

Peserta bersemangat menjawab soalan daripada tugasan yg diberikan


Ust Ghazali (X-UM) membina motivasi peserta secara santai tetapi amat berkesan


Di sini, bukan untuk membuatkan pelajar berada dalam keadaan tertekan yg berpanjangan tetapi mereka dihidangkan dengan santapan rohani yg menghiburkan daripada motivator yg berpengalaman secara santai selain sesi LDK untuk meringankan lagi kepenatan otak. Pengalaman menghafal ayat suci al-Quran merupakan program yg berlainan daripada program2 yg dikendalikan oleh pelbagai consultant yg ada sekarang. Justeru ia program tahunan masjid yg amat mendapat sambutan setiap kali diadakan menjelang cuti persekolahan, inilah yg menjadi dorongan kepada aku untuk terus memberi sumbangan di sana walaupun majoritinya bukan dari sekolah agama atau tahfiz.

Buat akhirnya, jutaan terima kasih kepada urusetia terutama Kak Ina, Kak Tain, Kak Salwa dan ramai lg yg memberikan sokongan dan kepercayaan penuh kepada kami mengendalikannya, juga rakan-rakan hafiz & hafizah dalam memberikan komitmen yg jitu sejak bermula program lagi..Moga Allah swt membalas kebaikan di atas jasa kalian semua. Dan akhirnya mudah-mudahan Allah swt iringi hidayah buat kami dan para pelajar yg sentiasa dahagakan ilmuNya..
read more...

17 May 2009

Hijab

Pelbagai persoalan bermain di fikiran, terasa bejat apabila memikirkan soal hijab yg dicanang-canangkan dalam "Hijab Sang Pencinta" karangan Ramlee Awang Mursyid. Semuanya nampak indah dan mudah bila seseorang dekat mengabdikan diri di sisi Tuhannya, Allah Rabb al-Jalil. Walaupun karangannya telah berlalu beberapa bulan, barula sekarang aku meluangkan masa untuk membacanya. Aku bukanlah manusia yg gilakan novel, bahkan bahan apa sekalipun namun ada manfaatnya jika dapat membaca sesuatu..itulah yg selalu dipesan oleh Dr Habib Mat Som (Fak. Pend. UM).


Maka setiap kali masuk ke kelasnya, kami dihidangkan dengan santapan rohani yg membuatkan hati bersemangat walaupun kelas sentiasa di awal pagi. Manusia akan berubah, dipengaruhi, terpengaruh, terpempan, terbejat lantaran kuasa (nilai) yg ada pada sesebuah buku. Manakala insan yg sering menganggap dirinya berilmu lantaran malas membaca sudah tentu bermegah dengan kebanggaan yg ada pada dirinya. Justeru, membacalah agar kalian dibukakan sesuatu hijab yg kalian tidak tahu pada asalnya.

Hijab dapat didefinisikan kepada suatu halangan yang memisahkannya dengan tempat ia berada, sekalipun dibatasi dinding, tembok, langsir, papan dsb. Dalam perspektif Islam pula, sinonimnya terarah kepada suatu alam dengan alam yang lain, di mana manusia secara zahirnya (logik) tidak mampu melihat dengan mata kasar. Juga pelbagai ayat al-Quran yg memberi panduan kepada makna hijab tersebut, di antaranya memberi maksud orang yg terbuka hijab ialah para soleh yg faqih dan berilmu (Sufian at-Thauri), malaikat yg mengetahui ahli-ahli syurga & neraka (Ibn Jarir) dan para anbiya, syuhada & kaum yg soleh (Imam Qurtubi) - berdasarkan firmanNya dalam al-Quran, Surah al-A'raaf: 46.


Kesemuanya ini menggambarkan keterbatasan manusia untuk melihat, bukan kerana kelemahan Allah tetapi kelemahan yg ada pada manusia itu sendiri. Di sini, bukanlah untuk menghuraikan secara jelas tentang perkataan hijab dalam Islam dengan novel tersebut, tetapi cukuplah renungan kepada keterbatasan yg Allah hijabkan sejak di dunia lagi. Lebih baik difikirkan bersama tentang ibrah yg diberikanNya daripada membuang masa merungkai hijab yg tidak tercapai dek akal melainkan dengan izin Allah.

Sesekali tertawa juga di hati mengenangkan permintaan makhluk semanusiaku, mana mungkin Dia akan membuka hijab sedangkan hambaNya sendiri berada di luar landasan yg disyariatkanNya. Maka sesungguhnya aku berlindung denganMu Tuhan empunya alam, meskipun Engkau tidak membuka hijab bagiku, namun berilah daku secebis dari cebisan nurMu..muga dengan keberkatan daripada al-Quran yg pernah ku tatapi kian hari, Engkau tunjukkan daku jalan, magfirah bagi dosa-dosa yg telah ku lakukan dan jauhilah daku daripada fitnah musuh yg turut memusuhi agamaMu samada terang-terangan atau secara sembunyi..ameen ya Rabb al-'Alamin

read more...